About Me

My photo
ipoh, perak, Malaysia
Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted.if your someday was yesterday,learn ! If your someday is tomorrow,hope ! If your someday is today,cherish ! heyy hanis for short. 18 on 27 july. i am an ordinary girl with an extraordinary dreams

Monday, April 1, 2013

Dia insan yang bernama ayah :')

hari ni 1 april 2013. Dah 7 bulan lebih ayah tinggalkan ibu dan kami sekeluarga. kami sekeluarga akan tetap rasa kehilangan ayah. kami sangat merindui raut wajah ayah yang ceria walaupun perit menanggung rasa sakit dengan perangai anak, kenakalan dan kedegilan kami terhadap ayah. kami merindui lawak jenaka ayah. ayah penghibur hati kami, ayah semngat kami . tapi semua tu dah tiada, ayah dah pergi tinggalkan kami sekeluarga. terima kasih sebab menjadi seorang insan yang bernama ayah kepada kami anak anak ayah , dan mnjadi seorang suami yang baik kepada ibu. terima kasih kerana mendidik kami , memberikan kasih sayang ayah kepada kami. kadang2 

aku terasa malu. terasa hina. aku menangis kerana rindukan ayah lebih kerap berbanding aku menangis kerana rindukan Allah dan Rasul. Padahal selama ini aku dah cuba pujuk diri sendiri dengan mengatakan ibu dan ayah hanya pinjaman  didunia untuk aku hanyalah sementara. Ya , aku lahir dan aku wujud dalam dunia melalui ayah dan ibu dengan izin Allah melahirkan aku. tetapi masa berlalu dengan cepat. aku tak pernah terfikir jukalau ayah tinggalkan kami bagaimana keadaan kami sekeluarga, tak pernah terfikir dan tak pernah bersedia. Aku lalai Ya Allah . Aku lalai kerana langsung tidak mnghargai Nikmat dan anugerahMu kepada aku. aku leka kerana aku tidak mnjadi anak yang baik kepada ayah. YA ALLAH aku mngharapkan ayah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman , kerana dia seorang ayah yang terlalu baik, melayan sikap degil aku. melayan semua kehendak aku, apa yang ayah tak turutkan akan aku, semuanya. hanya doa yang aku iringkan utk ayah tatkala aku rindukan ayah. 

Pada 21  Mac 2013 dimana tarikh keputusan spm dikeluarkan. aku terfikir dengan kata kata ayh yang mngharapkan aku untuk dapat keputusan yang cemerlang. setiap perkataan yang dikeluarkan oleh arwah. syukur alhamdulillah ., aku lulus semua mata pelajaran dalam SPM. maafkan adik ibu. maafkan adik ayah. adik menghrapkan adik boleh beri keputusan yang lebih baik kepada ayah dan ibu. tapi adik tak mampu, setakat itu saja Allah beri. Alhamdulillah. ibu menangis melihat keputusan aku, dan kalau ada ayah mungkinkah ayah akan menangis jugak? aku terlalu mengharapkan ayah menangis kerana kejayaan aku dan boleh menebus segala airmata ayah yang keluar disebabkan aku. aku mngharapkan ayah mengalirkan airmata dan mngatakan "INILAH ANAK AYAH. AYAH BANGGA DENGAN KAMU" tapii tu semua angan2. masya ALLAh. aku terlalu rindukan ayah. Al- fatihah.
sincerely : nurul syafika hanis binti rahimmuddin
(pendosa tanpa noktah)


p/s : 
Kebaikan seorang ayah lebih tinggi daripada gunung dan kebaikan seorang ibu lebih dalam dari pada laut . 

Monday, January 14, 2013

hard to believed

assalamualaikum. oh hai bagi yang bukan islam.

cepat sangat masa berlalu. pejam celik pejam celik. subhanallah. kita nak masuk tahun baru kan, alhamdulilah sebab dikurniakan lagi tahun untuk kita hidup menghambakan diri kita kepada Allah maha pencipta. life it is sweet. but sometimes life will get bitter when we dont even know how to appreciate what it is life is, beruntung lah bersyukur lah bagi mereka yang masih mempunyai keluarga yang sempurna walaupun tidak semewah, tidak sekaya orang lain. 
really miss him. really miss our moment together, ya allah susah nak terima kenyataan aku hidup tanpa ayah buat selamnya sejak 3 ogos 2012. cemburu tgok mereka yang masih mempunyai ayah, sebak melihat orang lain berpelukan dengan ayah mereka sendiri, sedangkan aku mngharapkan semua mmg takan mungkin utk aku dapat selepas nie. Allah uji aku dengan semua nie waktu aku  mnghadapi ujian besar dalam hidup aku ' SPM. rindu sangat dengan senyuman dia. rindu sangat dengan lawak dia. apa yang arwah suka buat, apa yang arwah suka makan. selalu menjadi buah bualan aku dgn keluarga, ayah pergi tanpa tanda yang dia nak pergi tinggalkan kami. rasa cepat sangat. yang tinggal sekarang hanya kenangan dan nasihat yang selalu dia bagi. last pesanan ayah untuk aku melalui SMS  " adik belajar elok elok. jaga ibu. jangan risaukan ayah, ayah. ayah SAYANG adik " setiap apa yang kami sekeluarga buat mesti teringat arwah. sakit perit untuk kami tanggung semua nie. kasih sayang ayah belom puas untuk aku rasa. bersyukur lah pada kamu yg masih mempunyai ayah. 

3 OGOS 2012

tarikh dimana ayah boleh dikeluarkan dari hospital. 
tarikh dimana aku pulang untuk melihat ayah
tapi...
 pada tarikh tu jugak ayah meninggalkan kami, 


tak sempat melihat ayah sebelum ayah meninggal. pada hari ayah meninggal aku masih berda di penang. langsung tak percaya waktu tu. tengahhari hari jumaat telefon ibu . ibu kata ayah boleh keluar hospital. bersyukur sangat . seronok tak terkata. 
tapi....
petang hari tu jugak akk menangis kata ayah dah tada. siapa yang percaya. sedangkan baru saja telefon dapat berita gembira tiba-tiba digemparkan dengan kepermegian ayah. masyaallah, terkejut dengar smua tu.
segalanya telah berubah. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, sekelip mata saja Allah nak tarik orang yang kita sayang. apabila Allah bekehendak, maka jadilah ia. percaya pada qada dan qadar. ayah pergi hari yang baik bulan yang baik. ALLAH DOESNT BURDEN US WITH THE THINGS WE CANT BEAR.
keep live my life and keep moving forward. YA ALLAH I NEED STRENGTH TO FACE THIS REALITY AND FIGHT WITH THIS ENORMITY. 

i wont forget the past and those should not been forgotten.
things end but memories will last longer